Program “DU-Fest @ INTAN”

Created with Sketch.

Program “DU-Fest @ INTAN”

20 Julai 2018, INTAN Bukit Kiara – Program DU-Fest@Intan merupakan satu aktiviti ramah mesra peserta Program DPA INTAN 2018 bersama para pegawai Sub Kluster Pembangunan Modal Insan (SKPMI) Intan Bukit Kiara. Program ini dinaungi oleh Exco Kebajikan dan Exco Sukan, Majlis Perwakilan Peserta (MPP) Program DPA Intan Bil. 1/2018. Program ini telah dijalankan di tepi kolam yang bertempat di kawasan Dewan Serbaguna (DSG) Intan Bukit Kiara melibatkan 86 orang peserta dan 23 orang pegawai Subkluster Pembangunan Modal Insan (SKPMI) Intan Bukit Kiara.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara para peserta DPA 1/2018. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan keharmonian di antara para peserta DPA 1/2018 dengan pegawai SKPMI.

Bersempena dengan musim durian yang sedang rancak, peserta Program DPA INTAN 2018 mengambil inisiatif mengadakan satu pesta buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang disediakan adalah seperti durian, manggis, laici, longan, mangga dan lain-lain lagi. Program ini mendapat sambutan yang baik dan berjaya mencapai objektif yang dicadangkan.

Program seumpama ini sememangnya boleh dijadikan medium untuk merapatkan silaturrahim di kalangan para pegawai SKPMI dan para peserta. Malah, para peserta sediri khasnya. Diharap agar program-program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *