Program “Unity in Diversity” DPA INTAN BIL. 1/2018

Created with Sketch.

Program “Unity in Diversity” DPA INTAN BIL. 1/2018

6 Julai 2018, INTAN BukitKiara – Exco Kerohanian dan Exco Kesenian, Majlis Perwakilan Peserta (MPP) Program DPA Intan Bil. 1/2018 telah menganjurkan Program Unity in Diversity DPA Intan Bil. 1/2018 pada 6 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Program ini telah dijalankan di Dewan Serbaguna (DSG) Intan Bukit Kiara melibatkan 86 orang peserta dan 23 orang pegawai Subkluster Pembangunan Modal Insan (SKPMI) Intan Bukit Kiara.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta Program DPA  INTAN Bil. 1/2018 dan pegawai SKPMI tanpa mengira gred dan jawatan. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk integrasi dan semangat perpaduan di kalangan peserta Program DPA INTAN Bil. 1/2018 dan pegawai SKPMI.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan gerai tercantik di kalangan exco-exco MPP, persembahan karaoke dan pertandingan Diversity Spontan. Bagi pertandingan gerai tercantik, setiap exco dikehendaki menghias gerai dan mempersembah hidangan jamuan mengikut kreativiti masing-masing. Antara menu yang disediakan ialah rendang, lemang, bihun sup, lontong, rojak buah dan kuih-muih.

Walaupun masih terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik, secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan pelaksanaannya telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta DPA Intan Bil. 1/2018. Diharap agar program-program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *