Program Professional Grooming Talk DPA INTAN BIL. 1/2018

Created with Sketch.

Program Professional Grooming Talk DPA INTAN BIL. 1/2018

25 Julai 2018, INTAN Bukit KiaraExco Kebajikan dan Exco Sukan, Majlis Perwakilan Peserta (MPP) Program DPA Intan Bil. 1/2018 sekali lagi telah menjalankan Program Professional Grooming Talk. Sebagai persediaan dalam membentuk imej dan ketrampilan yang unggul supaya tampil selari dengan personaliti sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik di kalangan peserta DPA INTAN Bil. 1 2018 di masa hadapan, Program Professional Grooming Talk telah diadakan pada 25 Julai 2018 (Rabu). Program ini telah melibatkan seramai 86 peserta Program DPA INTAN Bil. 1/2018 dan Datin Sharifah Shawati Syed Mohd (Adamaya Consultancy and Services Sdn Bhd) sebagai perunding imej jemputan.

Objektif utama program adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tatacara pemakaian profesional yang boleh diaplikasikan ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam kepada peserta Program DPA INTAN Bil. 1/2018. Selain itu, program ini juga telah memberikan peluang berinteraksi secara langsung dengan perunding imej profesional bagi menambahkan pengetahuan dalam penampilan yang selari dengan kod etika pemakaian penjawat awam dan menerokai dan menyerlahkan potensi diri dalam penampilan profesionalisme berpakaian agar menjadi ikon penjawat awam berwibawa.

Program ini telah memberikan manfaat ilmu kepada para peserta DPA 1/2018. Diharap agar program-program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *