Supporters Ready?

Created with Sketch.

Supporters Ready?

Modul Integrasi Kumpulan dan Bina Sahsiah telah berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) bermula 16 -20 April 2018. Sesi suai kenal di kalangan peserta kadet berjalan dengan lancar di samping beberapa aktiviti dalam kumpulan yang menerapkan nilai kepercayaan atau ‘trust’ di kalangan ahli pasukan. Aktiviti yang penuh matlamat dalam membentuk kerjasama kumpulan dengan ungkapan “supporters ready?” sentiasa memberi harapan dan dorongan kepada setiap peserta kadet dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Acara kemuncak modul adalah sesi makan tengahari secara bergotong-royong bersama pihak pengurusan, fasilitator dan peserta kadet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *