Blog

Created with Sketch.

DPA Prihatin

Ramadan Mubarak – Ramadan Kareem a holy month that relates to the sense of giving. Exco Kebajikan had organized a programme called DPA Prihatin, held on 28 Mei 2018. Goodies pack consist of dates, banana, bread, mineral water and wafer being distributed to the people around KL Sentral. This program was self-funded by the candidates…
Read more

Majlis Berbuka Puasa Bersama Tan Sri KPPA

Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, INTAN telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman pada 22 Mei 2018. Keseluruhan warga INTAN telah bersama-sama hadir memeriahkan majlis. Majlis ini juga turut meraikan penghargaan kepada Tan Sri KPPA yang bakal bersara wajib pada 31 Mei 2018.

4th Industrial Revolution Program

Peserta DPA Bil 1/2018 telah dijemput untuk memeriahkan program 4thIndustrail Revolution yang dianjurkan dengan jayanya oleh peserta DPA 2017 pada 14 Mei 2018. Program ini mendedahkan kepada pengunjung terhadap teknologi terkini yang digunapakai oleh industri. Program bual bicara bersama panel daripada MITI dan Microsoft juga menyuntik idea baru terhadap revolusi industri 4.0 di Malaysia.

Lawatan Khas YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Pada 2 Mei 2018, YB Tan Sri KPPA telah hadir ke INTAN untuk melihat sendiri perkembangan peserta kursus DPA 1/2018. Sesi beramah mesra selama hampir 2 jam ini telah menyaksikan peserta kursus membentang kajian kes berkenaan kertas polisi. YB Tan Sri KPPA juga turut megambil peluang ini untuk menyampaikan amanat kepada semua peserta untuk menempuh…
Read more

PRU14 – Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

Pelepasan selama dua hari telah diberikan kepada semua peserta bagi melunaskan tanggungjawab untuk “MEMILIH” bagi Pilihanraya Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018. Sebaik keputusan pilihanraya diumumkan lebih kurang jam 4.30 pagi, kerajaan telah mengumumkan cuti umum tambahan selama 2 hari. Di kesempatan ini, peserta mengambil peluang memanfaatkan cuti ini untuk terus bersama keluarga…
Read more

Exam Fever – Tamat Dua Modul

Modul Government Administration and Public Policy Management & Modul Pengurusan Sosial dan Infrastruktur masing-masing telah tamat pada 4 Mei 2018 dan 18 Mei 2018. Kelihatan semua peserta tekun mengulangkaji sehingga har ipeperiksaan. Usaha, tawakal dan doa dipohon agar semua beserta berjaya mengharungi setiap modul yang dirancang.

Eximious Dan Neowangsa Bergabung

Perhimpunanpagi kali ini, 30 April 2018, telah menyaksikan kehadiran bersama di antara DPA 2017 dan DPA 1/2018. Kerjasama di kalangan peserta bagi menjayakan perhimpunan pagi ini amat baik. Jalinan ukhwah di antara kadet PTD ini dapat mempertingkat perjuangan berterusan sepanjang berkursus.  

Power Hour by MyWin Academy

Power Hour by MyWin Academy telah diadakan pada 25 April 2018 dan peserta Program DPA Bil 1/2018 dijemput untuk memeriahkan lagi majlis bersama Tan Sri Dato’ Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Program ini memperkasa golongan wanita ke atas penglibatan dan sumbangan mereka dalam agenda pembangunan, sosial dan ekonomi negara.

Supporters Ready?

Modul Integrasi Kumpulan dan Bina Sahsiah telah berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) bermula 16 -20 April 2018. Sesi suai kenal di kalangan peserta kadet berjalan dengan lancar di samping beberapa aktiviti dalam kumpulan yang menerapkan nilai kepercayaan atau ‘trust’ di kalangan ahli pasukan. Aktiviti yang penuh matlamat dalam membentuk kerjasama kumpulan dengan ungkapan…
Read more

Registration Day – Transformation

16 April 2018, warga INTAN menyambut kedatangan Kadet PTD Khas seramai 87 orang yang terdiri daripada pegawai pelbagai skim perkhidmatan awam dan badan berkanun seluruh Malaysia. Hari pendaftaran telah di adakan di INTAN Wilayah Tengah bermula jam 8.00pagi. Kehadiran kadet baru ini menandakan permulaan baru dalam mempersiapkan diri sebelum diterima masuk ke dalam skim PTD.…
Read more