Modul Polis

Created with Sketch.

Modul Polis

Modul Pengurusan Ketenteraman Awam (Polis) telah berlangsung selama seminggu iaitu bermula 12 hingga 16 November 2018 di Maktab PDRM Cheras. Peserta DPA INTAN 2018 telah didedahkan dengan akta-akta berkaitan keselamatan dalam negeri seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) dan lain-lain taklimat berkaitan pengurusan ketenteraman oleh penceramah jemputan dari PDRM.

Peserta juga diberikan latihan kawad kaki dan juga latihan menembak di Kem PGA Cheras. Di samping itu, peserta dibawa melawat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur dan Makmal Forensik PDRM, Cheras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *