Anugerah Kadet Contoh (AKC), Program DPA INTAN 2018

Created with Sketch.

Anugerah Kadet Contoh (AKC), Program DPA INTAN 2018

8 Ogos 2018, INTAN Bukit Kiara– Puan Suraya Binti Jamain telah dianugerahi Anugerah Kadet Contoh (AKC), Program DPA INTAN 2018 hari ini. Satu majlis penyerahan sijil telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Kluster,  Subkluster Pembangunan Modal Insan(SKPMI), Encik Ahmad Jefry Bin Aziz @ Adan diiriingi oleh Perunding Latihan Kanan SKPMI, Puan Marhanum Binti  M. Haniff. Majlis ini turut disaksikan oleh para pegawai daripada SKPMI dan para kadet Program DPA INTAN 2018 yang lain. Anugerah ini merupakan julung-julung kalinya diberikan kepada kadet yang telah menunjukkan kewibaan, aktif dan prestasi yang cemerlang sepanjang berlangsungnya program ini bermula pada Apri 2018 yang lalu. Anugerah ini diharap akan menyuntik semangat kepada para kadet yang lain untuk menjadi peserta yang lebih baik dan cemerlang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *